Keep Update from Our Blog
Posted By: Admin December 5, 2016 Comments No Comments
Kali ini saya nak kongsikan bagaimana nak urus kewangan perniagaan kecil. Perkara ini wajib dilakukan oleh para usahawan yang mahu pergi lebih jauh dalam perniagaan yang sedang dilakukan. Saya tak terangkan secara terperinci sebab tak perlupun sebenarnya, jika anda memang seorang usahawan yang dahpun berniaga. Anda hanya perlu ambil panduan mudah ini dan terus lakukan dalam keadaan peka dan belajar dari amalan dan bukannya hanya secara teori. Urus kewangan perniagaan praktikal Macam yang selalu saya tekankan, amalan adalah lebih penting dari teori yang mendalam dalam bab berniaga ni. Teori mendalam yang biasa didedahkan kepada para pelajar di universiti sebenarnya lebih khas untuk menjadi pengurus yang makan gaji. Bagi usahawan, boleh dikatakan apa yang para pelajar universiti belajar tu, majoriti besarnya mereka tak berapa pakai sangat. Tak percaya cuba pergi tanya usahawan yang ada kelulusan akaun samada ijazah atau diploma, silap hari bulan, mereka sendiri tak jaga akaun sebagaimana yang mereka […]
Posted By: Admin December 4, 2016 Comments No Comments
Perkara yang paling seronok buat usahawan bila perniagaannya dah berjalan lancar adalah, usaha untuk tingkatkan jualan perniagaannya. Proses sejak mula menceburkan diri sebagai usahawan biasanya akan berkembang seperti berikut, Dapat idea nak buat bisnes apa – Ini bukanlah satu perkara mudah sebenarnya. Ramai orang sedar yang dia memang teringin atau minat sangat nak jadi seorang usahawan. Mungkin idea minat nak jadi usahawan itu adalah gambaran seronok bila tengok usahawan berjaya yang lain, maka dia juga teringin nak jadi usahawan. Sebab itu ramai yang akan bertanya soalan pada usahawan lain, apakah perniagaan yang baik untuk dijalankan. Jawapan kepada soalan itu sebenarnya hanya diri anda sendiri yang perlu buat kajian, perniagaan apa yang sesuai untuknya. Buat persiapan untuk mula niaga – Biasanya perkataan yang amat popular sekarang dalam proses ini adalah Start-up. Tidak ada perkataan khusus yang saya tahu dalam bahasa kita untuk terjemahkan perkataan Bahasa Inggeris ini. Antara perkara penting dalam […]
Posted By: Admin December 3, 2016 Comments No Comments
Imej sesuatu produk merupakan aspek yang sangat penting yang perlu anda fikirkan apabila cuba untuk memujuk bakal pembeli untuk membeli produk anda. Tahukah anda bahawa 80 peratus pelanggan anda akan lebih mudah mengingati produk anda dengan cara melihat gambar produk berbanding hanya 20 peratus daripada apa yang mereka baca? Kuasa imej adalah sukar untuk diabaikan, dan jika anda gagal untuk meletakkan imej yang menarik maka anda berpotensi untuk kehilangan prospek jualan yang tinggi. Hakikatnya, lebih menarik imej anda kelihatan, lebih banyak anda akan menjual. 4 Perkara penting untuk difikirkan apabila merancang untuk mengambil gambar produk anda Pilih jumlah set imej yang sesuai Perkara pertama yang anda perlu fikirkan apabila merancang fotografi produk anda adalah berapa banyak imej yang anda perlukan untuk dipaparkan secara online. Jika anda merujuk di laman web seperti eBay atau Amazon, anda akan dapati bahawa mereka memberi pengguna pilihan untuk menghantar banyak gambar produk. Ini akan […]
Posted By: Admin November 13, 2016 Comments No Comments
Oleh : Subhi – HidupRingkas.com Sebagai manusia biasa yang masih bernyawa, kita sentiasa berhadapan dengan cabaran kehidupan. Sama macam semua orang, saya sedang berhadapan dengan beberapa cabaran kehidupan dan perniagaan yang agak getir dan mampu menyesakkan dada. Cabaran yang saya hadapi bukannya berkaitan dengan kelulusan yang saya ada. Malah saya tidak punya apa-apa kelulusan akademik yang boleh dibanggakan. Jauh sangat dari keupayaan untuk miliki kelulusan PhD. Kelulusan akademik saya hanya sekadar purata. Sama macam majoriti rakyat Malaysia yang lain. Sebab tu bidang akademik bukanlah tumpuan saya. Bidang keusahawanan juga tidak setara mana. Ramai lagi, malah terlalu ramai yang lebih jauh berjaya berbanding saya dalam bidang perniagaan. Begitu juga dalam bab mengumpul kekayaan, pencapaian saya dalam bab itu juga hanyalah sekadar purata, ramai lagi yang jauh lebih banyak jumlah kekayaan yang mereka kumpulkan. Cuma satu saja yang ‘saya rasa’, saya ada sedikit perbezaan. Keberanian untuk menulis dalam blog ini dan kongsikan pengalaman […]
Posted By: Admin November 13, 2016 Comments No Comments
Oleh Che Wan Badrul Alias KUALA LUMPUR: Projek Rel Berkelajuan Tinggi (HSR) Kuala Lumpur-Singapura diharap akan membuka peluang kepada usahawan Bumiputera di bawah naungan Perbadanan Usahawan Nasional Bhd (PUNB) meraih kontrak mencecah berbilion ringgit daripada jangkaan RM140 bilion projek mega itu. Pengerusi PUNB, Tan Sri Mohd Ali Mohd Rustam, berkata harapan positif itu berasaskan sekiranya sebahagian kecil daripada projek berbilion ringgit itu diberikan kepada usahawan PUNB termasuk, kontrak servis dan penyelenggaraan. Beliau berkata, sekiranya usahawan di bawah naungan PUNB berjaya mencapai angka berkenaan, ia menjadi bukti faedah yang boleh diperoleh daripada inisiatif perbadanan itu, termasuk peluang perniagaan dan latihan dalam bidang kejuruteraan serta teknikal. “Persediaan membangunkan usahawan muda ke peringkat lebih tinggi bagi mengambil bahagian dalam projek rel mega dilaksanakan melalui Program Pembangunan Graduan Muda dengan kerjasama MRT Corp dan CIDB. “Sejak program MYEP1 dilancar pada 2013, seramai 16 perintis daripada 13 syarikat berjaya meraih kontrak bernilai keseluruhan RM21 juta […]
Posted By: Admin November 1, 2016 Comments No Comments
Berminat untuk mendaftar produk anda di laman web kami? Sila lihat Slideshow di atas langkah demi langkah untuk mendaftarkan produk anda. Nota penting : Sekiranya anda ingin mendaftar melalui akaun Facebook masing-masing, sila abaikan kaedah pendaftaran melalui Email. Sekiranya ada kemusykilan, sila hubungi kami dengan mengisi borang yang disediakan di ruangan menu Hubungi Kami atau boleh terus Whatsapp ke no 011-18741353. Terima kasih atas sokongan anda.